Coffee Arabica


"Kopi Arabica" adalah sejenis spesies kopi yang pada awalnya terdapat di pergunungan Yaman di Semenanjung Arab, dan ianya juga terapat di barat daya dataran tinggi Ethiopia dan tenggara Sudan. Ia juga dikenali sebagai “Kopi Belukar Arab", "Kopi Gunung" atau "Kopi Arab". Kopi arabica dikatakan sebagai spesies kopi pertama yang ditanamkan, dan tumbuh di barat daya Arab selama lebih dari 1,000 tahun.

Kopi arabica mengandungi kurang kafein berbanding kopi jenis lain yang ditanam secara komersil.

Ianya tumbuh meliar antara 9 hingga 12m tinggi dan mempunyai sistem percambahan terbuka. Daunnya 6 - 12cm panjang dan gelap yang luas 4 - 8cm. Bunganya berwarna putih dan tumbuh dalam kumpulan. Buahnya buah berbiji (biasanya disebut "berry"). Buah yang matang sebesar 10 - 15mm, berwarna merah cerah dan ungu dan biasanya mengandungi dua biji kopi.

Kopi arabica memerlukan waktu sekitar tujuh tahun untuk matang secara penuh, dengan purata hujan sekitar 40 - 59 inci sepanjang tahun.

Biasanya ditanam pada ketinggian antara 1300 hingga 1500m, tetapi ada juga penanam menanamnya pada ketinggian 2800m.

Tanaman ini boleh ditanam pada suhu rendah, sekitar 20 ° C (68 ° F), tetapi tidak pada suhu beku.

Penanaman secara komersial kebanyakkannya hanya tumbuh tinggi sekitar 5m, dan sering dipangkas serendah 2m untuk memudahkan penuaian hasil. Kopi arabica lebih suka ditanam di tempat teduhan cahaya.

Dua hingga empat tahun selepas tanaman, kopi arabica akan menghasilkan bunga putih dan sangat harum. Aroma baunya mirip bau bunga melati ketika bunganya membuka pada hari cerah. Dalam jumlah yang terbesar ianya menghasilkan buah.

Kebaikan Kopi Arabica

Peminum kopi di Belanda dan Jepun telah didapati menjadi 
  • Kurang terdedah terhadap beberapa jenis kanser.
  • Membantu untuk mengelakkan aritmia jantung.
  • Mengurangkan gigi berlubang dan membunuh bakteria.
  • Sesuai untuk penyakit Alzheimer.
  • Penyakit Parkinson.
  • Penyakit jantung.
  • Gout.
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Menjadi anti oksida.
  • Membantu merawat kanser.
  • Membantu merawat sakit jantung.
  • Membantu merawat kencing manis dan strok.
  • Mampu meningkatkan tahap kesuburan lelaki, digunakan secara tradisional untuk kesihatan umum, kesegaran, stamina, daya tahan badan dan tonik tenaga batin, berasa lebih muda dan bersemangat.
  • Meningkatkan pengaliran darah.
  • Meningkatkan jumlah penghasilan sperma. 
  • Mengembalikan nutrisi kepada system saraf terhadap stress.
  • Meningkatkan kesegaran tubuh badan dan menghilangkan rasa mengantuk
  • Mengurangkan risiko diabetes.

No comments:

Post a Comment